Saturday, May 17, 2008

KISAH SEORANG HERO YANG BELUM SEKOLAH

Anak kepada Cikgu We dengan Mok Yoh... Lahir di Hospital Besar Kota Bharu. Ditemani 12 orang adik beradik. Banyak peel dan kerenoh sebab kembar. Suka menjadi hero dan membuli di rumah kerana di sekolah asyik kena buli. Pernah tinggal di kuarter guru SMK Ketereh. paling syok sekali time waktu rehat sekolah menengah mesti muka terpancul di kantin mencari kelibat abah.... boleh gak makan pree.
Mula berpindah di Machang pada umur 4 tahun kot. Lagi hero tiap-tiap pagi asyik duk kedai Bakar beli makanan rapu... kalau tak pi kedai bakar mesti pi shopping kedai Che Ja. Suatu pagi nak jadi cerita hero ni pi kedai Bakar sampai kat kedai Mek Ah Ching terus ambik syiling kat kedai tu.. Nasib malang Mek Ah Ching tu nampak pastu hero terus lari bawa segenggam syiling dan duduk tepi Mat Nije (sepupu) yang tengah tunggu bas nak pi Taski Abim. Oleh kerana baik hati bagi ler sepuloh sen kat sepupu... Tiba-tiba mek Ah Ching tu tangkap hero depan sepupu ambik balik duit syiling yang disorok bawah tempurung tepi kedai Che Ja. masa tu hero mana la tahu malu... selamba jer sebab kecik lagi....
Hengah hari..... Mat Nije pi bagitau Mi hero kena tangkap pagi-pagi buta sebab ambik duit Mek Ah Ching. Apa lagi berbirat la punggung kena rotan kat abah yang baru balik dari sekolah... Tangisan tak dikasihani sebab tangan panjang sangat. tapi hero tetap hero. Tak serik-serik lagi... Rumah menjadi tunggang-langgang akibat 2 hero yang menterbalikkan semua kerusi untuk dijadikan kereta kebal. Mi dah lali dah. daripada asyik marah-marah kat hero-heronya baik buat kuih dan jaga anak-anak yang lain.
Hero mempunyai atuk dan nenek tapi mereka dah tak bersama. Hero panggil nenek Mok saje. Hero takut kat Mok sebab bekeng sangat. Tapi Tok Ayoh baik. Tok Ayoh tinggal jauh di Bukit Baka sebab Tok Ayoh tak tinggal sekali dengan Mok. Tiap-tiap minggu Tok Ayoh datang ke rumah naik basikal bawa kuih apam, kuih kosu dan macam-macam. Hero suka Tok Ayoh sebab tiap kali dia sangkut baju gumbang kat dinding hero akan akan panjat dinding pastu selut tangan dalam poket ambik syiling dalam poket Tok Ayoh untuk pi bershopping.
Itulah peel hero. Asyik kena rotan jer hari-hari...

0 comments: